Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Bapa Baru Meninggal Dunia, Rantai Emas Anak Yatim Piatu Diragut – “Ada Kesan Lebam Pada Leher”

Baru-baru ini, tular di media sosial warganet meluahkan rasa sebak berikutan kisah pemergian sepasang suami isteri bernama Farah dan Nurihsan Nordin yang terlibat dalam nahas jalan raya di Bukit Belah Machang, Kelantan.

Menerusi perkongsian waris terdekat dikenali sebagai Wan Samira berkata, terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap anak-anak arwah dengan meragut rantai emas kepunyaan puteri bongsunya, Alisha dan sehingga kini masih belum dapat ditemui.

Rantai emas dicuri

anak yatim piatu Rantai emas dicuri

“Wahai peragut rantai anak yatim piatu ni, pulangkan balik rantai emas anak ini. Awak mengambil kesempatan masa hari kejadian.
“Jelas ada kesan lebam pada leher Alisya. Alisya cakap, dia pakai. Afiya pun cakap adik dia pakai rantai ni.
Andai ada kedai emas yang membeli rantai ni, tolong berikan video CCTV kepada kami nak cari siapa yang menjual rantai ini,” tulis Wan di Facebook.

Dalam pada itu, dia berharap pencuri tersebut mmepunyai belas ihsan degan mengembalikan semula barang yang dicuri memandangkan ia ditempah khas dan bukannya rekaan sedia ada yang dijual di kedai emas.

“Rantai ni tempah khas di kedai, bukan walk in beli macam tu.
“Tolong ya, pulangkan. Semoga Allah jentik hati insan tersebut untuk pulangkan balik. Harap posting ni sampai kepada yang mengambil,” pintanya.

Artikel lain: Hadiah Coklat Disumbangkan Pada Anak Yatim, Haroqs Mahu Hidup Tenang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 18 Oktober lalu, kereta Toyota Vios yang dinaiki Nurihsan dan isterinya, Wan Nur Farahana Wan Hassan bertembung dengan Proton Exora dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 malam.

Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Salor, Kelantan dari Klang sempena cuti Deepavali.

Insiden terbabit mengorbankan isterinya yang meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nurihsan patah tulang pinggul dan cedera ringan di paru-paru.

Difahamkan setelah lima hari pemergian isterinya, Nurihsan kemudiannya menyusul ke ‘Negeri Abadi’, meninggalkan 2 orang anak mereka sebagai yatim piatu tanpa ibu dan bapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Wan Samira

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd