Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Rambo Bentong’ Kekal Ke Tali Gantung

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan hukuman mati perogol bersiri yang dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’ sekali gus membawanya kekal ke tali gantung kerana membunuh seorang gadis 17 tahun dan kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong pada 2009 serta 2012.

Menerusi satu laporan Harian Metro, keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan selepas menolak permohonan semakan mengetepikan hukuman mati ke atas Rabidin Satir, 53.

Foto: Mynewshub

“Sebaik keputusan hukuman mati diumumkan, Rabidin yang dibawa ke mahkamah dengan berkerusi roda dilihat ‘membebel’ dan menjerit dalam bahasa Inggeris namun tutur katanya tidak jelas sebelum dibawa kakitangan penjara ke lokap mahkamah.
“Lelaki itu yang disabitkan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan di leher dalam sebuah bilik pada 2009. Sementara hukuman mati kedua ialah membunuh seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong pada 2012,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim juga dilaporkan membantah permohonan semakan hukuman mati ke atas Rabidin selain menyifatkan kes tersebut sebagai ‘yang paling jarang di antara yang jarang berlaku’ yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Star thesun.my

“Suami isteri itu yang sedang tidur di ruang tamu dikejutkan dengan kehadiran lelaki bertopeng yang kemudian menghentak kepala kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong itu berkali-kali dengan bahagian belakang pistol.
“Hentakan kepala itu menyebabkan tempurung kepala retak dan otaknya hancur manakala isteri mangsa yang sedang mengandung dirogol dua kali sebelum dirompak.
“Pendakwaan berpendirian trend kes seperti ini belum pernah berlaku lagi,” jelas beliau.

Foto: Google

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Pahang menjatuhkan hukuman mati ke atas Rabidin pada 3 Disember 2015 kerana membunuh lelaki berusia 31 tahun di Perumahan Jabatan Perhutanan di Jalan Tras, Bentong, Pahang, 3 November 2012.

Mahkamah Tinggi juga menjatuhkan hukuman penjara dan dua sebatan ke atas Rabidin kerana mengacukan senjata kepada mangsa, penjara lapan tahun dan dua sebatan kerana merompak, dan penjara 12 tahun dan lapan sebatan atas dua pertuduhan merogol isteri mangsa yang mana keempat-empat kesalahan itu dilakukan di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd