Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Punca Kematian Kanak-Kanak Di Rompin Akibat Jerutan Di Leher

Susulan penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang tertanam di kawasan belukar di Rompin, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tekanan di leher akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.

Polis sahkan ada kesan jerutan di mayat kanak-kanak lelaki

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof telah mendedahkan hasil bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Rembau sekitar jam 12 tengah hari hingga 4.26 petang.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher.
“Ia boleh menyebabkan kematian dan dalam kes ini dipercayai dilakukan menggunakan pengikat kabel (cable tight),” katanya.

Motif pembunuhan kanak-kanak lelaki dalam siasatan

Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan motif kejadian belum dikenal pasti.

“Berdasarkan soal siasat awal, suspek dipercayai berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.
Setakat ini, suspek tidak memberikan respons yang positif. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya.

Mangsa, dikenali sebagai M Tishant, dilaporkan hilang di Johor Bahru pada Khamis lalu, sebelum mayatnya ditemui tertanam di belukar pada Isnin.

kanak-kanak

Artikel lain: Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Pukul Kanak-Kanak Perempuan Guna Tukul Besi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek merupakan bapa kandung mangsa yang kini direman tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Lelaki terbabit sebelum ini mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam kereta ketika keluar membeli makanan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd