Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN Perkukuh Program Anak Emas, Lonjak Budaya Menabung Demi Pendidikan Generasi Baharu

PTPTN Perkukuh Program Anak Emas

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh budaya menabung dalam kalangan masyarakat menerusi pelaksanaan Program Anak Emas, hasil kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mula dilaksanakan sejak 15 Januari lalu.

Program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi memberi bantuan one-off sebanyak RM200 kepada bayi berusia dua tahun ke bawah, dengan syarat salah seorang ibu atau bapa berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang.

PTPTN Perkukuh Program Anak Emas

Daripada jumlah itu, RM100 disalurkan ke akaun Simpan SSPN Prime, manakala baki RM100 dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

Bagi memperluas capaian dan kefahaman masyarakat terhadap manfaat program tersebut, PTPTN menganjurkan Program Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime dan Barangan Bayi di Hospital Seberang Jaya, melibatkan sumbangan keseluruhan RM10,000 kepada 50 kelahiran bayi baharu bagi bulan Oktober 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

YB Puan Lim Siew Khim, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang (dua dari kanan) bersama YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kiri) dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kiri) menyerahkan replika kad sumbangan pembukaan akaun Simpan SSPN kepada penerima sumbangan.

Setiap penerima menerima RM100 dalam bentuk simpanan Simpan SSPN Prime serta hamper barangan bayi bernilai RM100.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim, berkata pelaksanaan Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime mendapat sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu.

“Saya gembira pelaksanaan Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Dalam tempoh 15 Januari 2024 hingga 30 September 2025, sebanyak 7,771 akaun telah dibuka atau dibuat penambahan simpanan berjumlah RM777,100,” katanya.

Beliau turut menyeru lebih ramai ibu bapa merebut peluang menabung bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak.

“Tahniah kepada masyarakat Pulau Pinang kerana menjadi superhero kepada anak-anak melalui usaha menabung secara konsisten dalam Simpan SSPN.
“Justeru, saya menyeru golongan ibu bapa di negeri ini agar memanfaatkan insentif yang ditawarkan menerusi Program Anak Emas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN,  Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, menyifatkan kerjasama strategik itu sebagai usaha berterusan dalam memupuk kesedaran menabung sejak awal usia.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Lim Siew Khim atas komitmen yang diberikan dalam membudayakan amalan penabungan melalui Program Anak Emas.
“Diharapkan kerjasama ini akan terus berkekalan demi kebajikan pendidikan anak-anak,” katanya.

YB Puan Lim Siew Khim, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang bersama YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bergambar bersama bayi kelahiran baharu semasa sesi ziarah Program Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime dan Barangan Bayi sempena Program Anak Emas.

Artikel lain: PTPTN Terus Perkukuh Budaya Menabung Melalui BMS 2025

Simpan SSPN merupakan produk simpanan patuh syariah yang menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pendeposit, termasuk pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma, Geran Sepadan sehingga RM10,000, serta kadar dividen kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak diperkenalkan pada 2004 hingga 30 Ogos 2025, PTPTN merekodkan jumlah deposit Simpan SSPN sebanyak RM22.31 bilion dengan 7.09 juta akaun dibuka di seluruh negara.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN komited melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi bagi mendukung agenda pendidikan negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat permohonan Program Anak Emas melalui portal rasmi isejahtera.penang.gov.my.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd