Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN Catat Kutipan Simpan SSPN Lebih RM251 Juta Dalam BMS 2025

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 yang dianjurkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencatat kejayaan membanggakan dengan jumlah deposit Simpan SSPN mencecah RM251.44 juta, melebihi sasaran awal RM220 juta.

Program yang berlangsung dari 26 September hingga 2 November 2025 ini mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan menabung untuk masa depan pendidikan tinggi anak-anak.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, pencapaian ini menunjukkan keberkesanan strategi yang dirancang serta sokongan padu masyarakat terhadap amalan menabung.

“Penganjuran BMS 2025 merupakan manifestasi iltizam PTPTN selaku agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh usaha perancangan kewangan jangka panjang demi kelangsungan pendidikan tinggi negara.
“Pencapaian terimaan deposit Simpan SSPN yang melebihi sasaran semasa program ini membuktikan keberkesanan strategi yang telah dirancang serta sokongan padu daripada masyarakat.
“Perkara ini turut mencerminkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan ibu bapa terhadap keperluan perancangan kewangan yang lebih awal bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak selaras dengan aspirasi melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BMS merupakan inisiatif PTPTN sejak 2018 untuk memupuk budaya menabung di kalangan ibu bapa dan memastikan setiap keluarga dapat merancang kewangan demi pendidikan anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahun ini merupakan penganjuran kali kelapan bersempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut setiap 31 Oktober.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan, melibatkan ibu bapa dan anak-anak dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Norliza turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas komitmen mereka dalam membudayakan tabungan.

Beliau menyeru kerajaan negeri, agensi kerajaan, serta badan korporat dan swasta untuk mempertimbangkan akaun Simpan SSPN sebagai instrumen utama bagi agihan bantuan kepada masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PTPTN akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penabungan demi menjamin akses pendidikan tinggi yang lebih terancang dan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman pendidikan,” tambah beliau.

Simpanan SSPN menawarkan pelbagai manfaat, termasuk insentif pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd