Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Poh Kong Perkukuh Strategi Hadapi Harga Emas Tinggi Dan Persaingan Sengit

Poh Kong Holdings Bhd mengambil pendekatan berhati hati dalam mengembangkan perniagaannya ketika berdepan cabaran harga emas yang masih tinggi dan persaingan yang semakin sengit dalam pasaran barang kemas tempatan.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Eksekutif Poh Kong Jewellers Sdn Bhd Ermin Siow Der Ming berkata syarikat kini menumpukan kepada pertumbuhan berkualiti dengan menilai setiap peluang pembukaan cawangan baharu berdasarkan potensi pasaran dan lokasi yang strategik.

“Kami tidak membuka kedai sesuka hati. Banyak pusat beli belah utama datang menawarkan ruang kerana mereka tahu jenama Poh Kong mempunyai kekuatan untuk menarik pelanggan,” katanya.
poh kong

Foto: Bernama

Beliau berkata walaupun harga emas yang tinggi memberi kesan kepada corak pembelian pengguna, kelebihan Poh Kong yang memiliki fasiliti pembuatan sendiri membolehkan mereka memperkenalkan rekaan baharu dengan pantas serta memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.

“Dalam industri fesyen termasuk barang kemas siapa yang cepat melancarkan rekaan baharu akan jadi perhatian. Dengan kemudahan yang kami ada Poh Kong sentiasa berada di hadapan,” ujarnya.

Artikel lain: 88 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin, Netizen Terus Buat Kira-Kira – “Lebih RM45,000…”

Setakat ini Poh Kong mempunyai 92 cawangan di seluruh Semananjung Malaysia dan turut memperkukuh strategi jualan dalam talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan dengan kos operasi yang lebih rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai harga semasa, Siow berkata harga emas 916 kini sekitar rm595 segram manakal emas tulen 999,9  berada pada paras RM645 segram sedikit menurun berbanding RM660 bulan lalu.

Beliau tidak menjangka harga akan meningkat sehingga RM700 segram dalam masa terdekat bergantung kepada kestabilan ekonomi politik dan kadar inflasi global.

poh kong

“Harga dunia kini sekitar AS$4380 setiap auns. Walaupun ada ramalan daripada Morgan Stanley dan Citibank yang menjangkakan kenaikan hingga AS$5000 hujung tahun ini kami percaya harga akan kekal stabil buat masa sekarang. Kami berharap harga turun sedikit supaya jualan lebih mudah dirancakkan,” jelasnya.

Siow berkata trend pembelian kini menunjukkan pengguna lebih gemar memilih barang kemas ringan dan moden bagi menyesuaikan diri dengan kenaikan harga emas.

Menurutnya teknologi terkini seperti electroforming membolehkan penghasilan emas keras ringan dan berongga tanpa menjejaskan reka bentuk menjadikan produk lebih mampu milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekarang barang kemas seberat 0.2 hingga 0.3 gram pun boleh kelihatan cantik dan berkualiti. Ini trend baharu yang menjadikan emas lebih mudah dimiliki oleh semua lapisan pengguna,” tambahnya.

poh kong

Majlis pelancaran koleksi Anggun Pesona Tanjung disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di fasiliti utama Poh Kong.

Koleksi itu diinspirasikan daripada Bunga Tanjung bunga rasmi negeri Selangor yang melambangkan ketabahan dan keanggunan wanita sebagai simbol kesinambungan antara warisan budaya Malaysia dan seni pertukangan moden.

Sementara itiu, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Datuk Eddie Choon berkata pelancaran tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam seni pertukangan dan reka bentuk barang kemas mewah.

“Poh Kong bukan sekadar jenama barang kemas tetapi kisah kejayaan tempatan yang dibina atas kepercayaan kemahiran dan inovasi. Hampir lima dekad kami berkembang bersama rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Rafhanah Hazirah Ramlin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Sosial

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya. RHB dalam satu kenyataan memaklumkan,...

Lokal

Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru pada 18 Oktober lalu dipercayai bermotifkan dendam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Aizee Ismail...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd