Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium PNM, Anjung Bestari.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Profesor Dato’ Dr. Sivamurugan a/l Pandian, Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
PNM Semarak Rukun Negara
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan Rukun Negara sebagai asas perpaduan dan jati diri bangsa, khususnya dalam mendepani cabaran globalisasi dan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
“Sebagai institusi yang berperanan dalam pembangunan ilmu dan budaya, PNM mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian,” jelas PNM.
Artikel lain: Tarif Turun, Ekonomi Naik? PNM Kupas Dampak Lawatan Xi Jinping ke Malaysia
Program Bicara Malaysiana ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga PNM, pelajar serta masyarakat umum.
Penganjuran seumpama ini diharap dapat memperkukuh kefahaman terhadap nilai perpaduan, toleransi dan identiti nasional.
Turut diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Hari Kemerdekaan dan Pertandingan Citrawarna Hari Merdeka, Patriotisme PNM 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah PNM, Encik Edy Irwan bin Zulkafli kepada para pemenang.
