Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertengkaran Dengan Suami Dipercayai Punca Wanita Tercampak Dari Van

Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar semalam, dipercayai akibat pertengkaran dengan suaminya.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, susulan kejadian tersebut, suami mangsa yang berusia 50 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah kediaman di Taman Kinrara, Puchong kira-kira jam 6 petang hari sama.

Foto: Media Sosial

“Soal siasat dilakukan mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes kematian isterinya. Suspek mendakwa berlaku pertengkaran antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Siasatan turut mendedahkan bahawa pasangan tersebut telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine/amp/benzo. Suspek juga mendakwa isterinya turut terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Foto: Bernama

Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd