Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dihentikan Sementara Atas Faktor Keselamatan

Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara bermula hari ini atas faktor keselamatan.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan

“Susulan keputusan menggantung operasi tren tersebut sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, sebanyak 18 buah bas perantara akan disediakan untuk kemudahan penumpang.
“Bas tersebut akan beroperasi sepanjang masa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit,” katanya pada sidang media di KLIA di sini hari ini.

Dalam insiden itu, katanya sebuah aerotrain telah terhenti secara tiba-tiba di atas landasan dan sebuah lagi aerotrain yang sepatutnya digunakan bagi membantu membawa penumpang turut mengalami masalah teknikal, sehingga menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter ke terminal satelit.

Iskandar Mizal berkata kejadian semalam merupakan insiden kedua penumpang terpaksa berjalan di atas landasan disebabkan masalah teknikal tren berkenaan, sejak mula beroperasi 25 tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lima Termasuk Suami Isteri Disambung Reman, Kes Sorok Pil Kuda Dalam Najis Lembu Di Kelantan

Penginapan dan tiket penerbangan digantikan semula

Beliau berkata bantuan sewajarnya termasuk penginapan dan tiket penerbangan telah diberikan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan akibat insiden semalam.

Dalam pada itu, Iskandar Mizal berkata kerja-kerja pembaharuan perkhidmatan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM700 juta.

“Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ‘hidup’ dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala pembinaan aerotrain baharu juga harus diteruskan,” katanya yang turut memohon maaf atas kejadian tersebut.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd