Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Perancis Nafi Tahan Pengasas Telegram Kerana Politik

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menafikan terdapat sebarang motif politik selepas tahan pengasas Telegram kelahiran Rusia, Pavel Durov Terdahulu, Durov ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget, luar Paris pada petang pada 24 Ogos lalu.

Menerusi satu hantaran di X, Macron berkata penahanan Durov adalah sebahagian daripada siasatan kehakiman yang sedang dijalankan disamping menafikan ia bermotifkan politik.

Perancis nafi tahan pengasas Telegram kerana politik

“Ini sama sekali bukan keputusan politik. Terpulang kepada hakim untuk membuat keputusan,” katanya pada hantaran tersebut.

Beliau turut menegaskan Perancis sangat komited terhadap kebebasan bersuara dan berkomunikasi berlandaskan undang-undang baik di media sosial atau kehidupan sebenar.

Sementara itu, pendakwa raya Paris, Laure Beccuau berkata Durov ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap orang yang tidak dinamakan yang dilancarkan unit jenayah siber pejabat itu pada 8 Julai lalu, lapor Reuters.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan itu berhubung kes disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk mengendali platform dalam talian yang membenarkan transaksi haram, pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan penipuan.

Selain itu, enggan menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, pengubahan wang haram dan menyediakan perkhidmatan kriptografi kepada penjenayah.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan Durov boleh ditahan sehingga 28 Ogos ini, bagaimanapun buat masa sekarang peguam yang mewakili pengasas Telegram itu tidak dapat dihubungi.

Telegram pula tidak memberikan sebarang butiran mengenai penahanan Durov namun berkata, syarikat yang berpangkalan di Dubai itu mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah dan kesederhanaan diamalkan adalah selaras piawaian industri dan sentiasa ditambah baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan beliau juga kerap melakukan perjalanan ke Eropah.
“Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa platform atau pemiliknya bertanggungjawab atas penyalahgunaan platform itu,” tulis Telegram dalam satu kenyataan.

Kremlin pada Isnin berkata, masih belum melihat sebarang dokumen tuduhan rasmi Perancis terhadap Durov.

“Kami belum tahu apa sebenarnya pertuduhan Durov.. dengan apa sebenarnya mereka cuba menuduh Durov. Tanpa (mengetahui), adalah salah untuk membuat sebarang kenyataan,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Sumber: X Emmanual Macron, Reuters

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd