Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.
Taremi, 33, yang kini beraksi bersama kelab gergasi Greece, Olympiacos, difahamkan telah memaklumkan hasrat itu kepada pihak pengurusan kelab dalam tempoh terdekat.
Penyerang Iran Mohon Pelepasan Bola Sepak
Menurut laporan media antarabangsa, pemain berkenaan menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat dalam struktur pertahanan Iran, dengan menyifatkan tanggungjawab terhadap negara sebagai keutamaan ketika ini.
“Ini saat negara saya perlukan saya,”katanya.
Sumber turut memaklumkan pegawai daripada Persekutuan Bola Sepak Iran sedang berusaha memujuk Taremi agar menangguhkan keputusan tersebut dan kekal memberi fokus kepada komitmennya di pentas Eropah.
Bagaimanapun, pemain itu dikatakan tetap dengan pendiriannya untuk pulang ke tanah air.
Sekiranya keputusan itu dimuktamadkan, ia bukan sahaja memberi kesan kepada Olympiacos, malah berpotensi menjejaskan perancangan skuad kebangsaan Iran menjelang kejohanan antarabangsa utama.
Artikel lain: Penjaga Gol Pura-Pura Cedera, Beri Peluang Pemain Muslim Buka Puasa
Taremi sebelum ini mencipta reputasi cemerlang di Eropah bersama FC Porto dan Inter Milan, selain menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan dengan reputasi sebagai penjaring prolifik.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Olympiacos mahupun Taremi sendiri berhubung perkara itu. Perkembangan lanjut dijangka terus menjadi perhatian media sukan antarabangsa.
Sumber: X topskillsportuk
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































