Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penganggur Berdepan Hukuman Mati Didakwa Bunuh Bapa Guna Kerusi Kayu

Seorang penganggur lelaki berusia 39 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini ini atas tuduhan membunuh bapanya dalam kejadian di Kampung Kuala Geris, 6 Ogos lalu.

Penganggur berdepan hukuman mati

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Narosman Othman, hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

penganggur

Foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, Narosman didakwa menyebabkan kematian Othman Jusoh, 74, di rumah mereka antara jam 6 hingga 6.30 pagi.

Penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Artikel lain: Warga Emas Dibunuh Anak Sendiri, Ramalan Lima Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Hafiz Iman Asri mengendalikan prosiding, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk mendengar laporan pemeriksaan mental, dan memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagian Tanjung Rambutan, Perak, bagi menjalani ujian tersebut.

Suasana perbicaraan bertukar pilu apabila ibu tertuduh yang hadir tidak dapat menahan sebak dan hampir pengsan di dalam mahkamah.

penganggur

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul anak kandungnya menggunakan kerusi kayu ketika mangsa sedang bersiap menunaikan solat Subuh.

Isteri mangsa, Rohana Che Daud, 63, berkata dia menemui suaminya terbaring di atas sejadah dengan kepala berlumuran darah sebaik pulang dari solat berjemaah di masjid berhampiran.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd