Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penduduk Kelantan Catat Kadar Diabetes Dan Kolesterol Tinggi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa kadar prevalens penyakit diabetes dan kolesterol tinggi dalam kalangan penduduk Kelantan adalah lebih tinggi berbanding purata kebangsaan.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, sebanyak 16.3 peratus penduduk Kelantan dikesan menghidap diabetes, berbanding 15.6 peratus di peringkat nasional.

Foto: Harian Metro

Dalam masa yang sama, 34.9 peratus rakyat negeri itu mengalami masalah kolesterol tinggi, iaitu lebih tinggi daripada kadar nasional 33.3 peratus.

“Bagaimanapun kadar prevalens untuk penyakit darah tinggi dan berat badan berlebihan di Kelantan masing-masing merekodkan 27.9 dan 51.6 peratus iaitu lebih rendah berbanding paras nasional.
“Dapatan daripada NHMS 2023 saya kira amat membimbangkan walaupun Kelantan mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.
“Mendepani cabaran ini, Kementerian Kesihatan memperkenal dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh.
“Inisiatif ini sangat selari dengan agenda reformasi sistem kesihatan negara, peralihan daripada perkhidmatan berfokuskan rawatan kepada sistem yang menumpukan kepada pencegahan dan kesejahteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Menurut Dr Dzulkefly, Wellness Hub Kelantan mula beroperasi sejak 2021 dengan kemudahan awal hanya berupa sebuah kabin kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, setelah pembinaan bangunan baharu dua tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 2024, kapasiti perkhidmatan meningkat dengan ketara daripada hanya 15 kepada 80 peserta bagi setiap sesi.

“Sejak mula beroperasi, Wellness Hub Kelantan telah menerima lebih 92,000 klien, sama ada secara fizikal mahupun maya, dan ini membuktikan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan,” ujarnya.

Foto: Carian Google

Antara perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma termasuk saringan kesihatan dan kaunseling gaya hidup sihat.

Dr Dzulkefly menegaskan bahawa usaha transformasi sistem kesihatan negara memerlukan kerjasama menyeluruh dan bukan hanya daripada KKM, malah semua pihak termasuk rakyat.

“Saya yakin, dengan semangat kolaboratif, Wellness Hub Kelantan mampu menjadi contoh terbaik dan pemangkin kepada pembudayaan hidup sihat di seluruh negara,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd