Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Myvi Rempuh Lima Kenderaan Direman, Negatif Bahan Terlarang Dan Alkohol

Pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru, semalam direman selama empat hari hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap lelaki berusia 35 tahun berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, suspek dipercayai mengalami ‘microsleep’ sebelum kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan tersebut.

Insiden itu mengakibatkan Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang juga bapa kepada empat anak dilaporkan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.

Kemalangan berkenaan melibatkan enam kenderaan iaitu tiga motosikal Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga kereta Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd