Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu

Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah

Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 15 pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas pada 9 Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.

Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah

Mengikut pertuduhan, Mohd Amirul didakwa memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian 15 pelajar di Kilometer 53 Lebuhraya Timur-Barat, kira-kira jam 1.15 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan kerana memandu secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 dan penggantungan lesen minimum lima tahun.

Artikel lain: Nahas UPSI: Polis Perak Minta Pemandu Bas ‘Diam Dulu’, Elak Gangguan Dalam Siasatan

Tertuduh sekali lagi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Dalam kejadian awal pagi 9 Jun lalu, sebuah bas ekspres yang membawa 42 pelajar UPSI dari Jertih, Terengganu menuju kampus induk di Tanjung Malim terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nahas menyayat hati itu meragut nyawa 13 pelajar di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, menjadikan jumlah korban seramai 15 orang.

Sumber: NST 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Lokal

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd