Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Enggan Ke Sekolah! Pelajar Tingkatan 3 Trauma Diperkosa Senior Bergilir-Gilir, Video Dirakam

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya.

Kejadian itu berlaku pada 2 Oktober lalu di sebuah kelas kira-kira jam 2.50 petang dan menjadi lebih serius apabila perbuatan itu dirakam oleh dua rakan suspek menggunakan telefon bimbit.

Video tersebut tersebar dalam kalangan pelajar sebelum guru dan ibu mangsa dimaklumkan.

Menurut sumber, mangsa berusia 15 tahun ketika itu kembali ke kelas untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik mangsa menyedari dua pelajar senior menghendapnya, dia cuba beredar tetapi ditarik masuk ke dalam kelas, dibogelkan dan dirogol oleh kedua-dua suspek,” kata sumber.

Pelajar Tingkatan 3 Trauma Diperkosa

Sumber itu menambah, seorang lagi rakannya merakam kejadian menggunakan telefon bimbit, manakala seorang lagi berada di kawasan tangga untuk mengawal.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami trauma dan ketakutan sehingga enggan ke sekolah.

“Mangsa kini dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan sedang menjalani sesi kaunseling.
“Ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah selepas melihat video berkenaan,” tambah sumber.

Susulan laporan polis, keempat-empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dijangka menduduki SPM bulan depan ditahan pada hari sama laporan dibuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tunggang Motosikal Tumpat-Kulim Untuk Bertemu, Remaja 14 Tahun Diperkosa Teman Lelaki

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan laporan tersebut dan kesemua suspek direman enam hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan pihak sekolah mengenai keselamatan pelajar di premis sekolah, selain menekankan kepentingan pengawasan guru dan pendidikan moral kepada pelajar.

Pihak sekolah dilaporkan sedang mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang serta memberikan sokongan psikologi kepada mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd