Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahu Tuduhan Lebih Berat, Peguam Ibu Zara Rayu Tangguh Dakwa Lima Remaja Esok

Peguam yang mewakili ibu kepada Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat merayu agar pendakwaan terhadap lima remaja terbabit dalam kes buli ditangguhkan sementara waktu bagi memberi ruang pertuduhan lebih berat dipertimbangkan.

Rayu tangguh dakwa lima remaja esok

Menurut peguam, Hamid Ismail, pihaknya bimbang sekiranya prosiding inkues yang dijadualkan pada September depan mendedahkan keterangan baharu yang mengaitkan kesalahan lebih serius, kelima-lima tertuduh tidak boleh lagi didakwa semula atas prinsip double jeopardy atau perbicaraan berulang.

“Kami sangat khuatir sekiranya pendakwaan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah pada esok hari atau tarikh-tarikh berikutnya,
“Apabila siasatan lanjut ataupun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Kesalahan atau kesalahan yang lebih berat…
“…mereka tidak lagi boleh didakwa atas dasar DOUBLE JEOPARDY yang termaktub di dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dilapor Buletin TV3.
dakwa lima remaja

Foto: Utusan

Hamid berkata, justeru pihaknya telah menulis surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada pagi ini dan telah dihantar melalui emel selain memohon pertimbangan agar semua remaja terlibat dituduh di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, pihaknya berharap siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan tersebut dan pendakwaan ditangguh seketika,
“Namun sekiranya keterangan yang ada sekarang dan hasil siasatan lanjut mencukupi untuk mendakwa semua remaja di atas bagi kesalahan yang lebih berat dari seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, kami merayu agar mereka didakwa bagi kesalahan yang lebih berat itu,” ujarnya.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Identiti Suspek Didakwa Belum Diketahui Peguam Keluarga

dakwa lima remaja

Foto: Bernama

Semalam, Mohd Dusuki berkata seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada esok berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara.

Semua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Safwan Sawi)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd