Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegawai Kanan Tentera Darat Berada Di ICU, SPRM Geledah Pejabat & Kediaman Rasmi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.

SPRM geledah rumah & pejabat Pegawai Kanan Tentera Darat

Memetik laporan daripada Harian Metro, sumber menyatakan penggeledahan bermula sekitar jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

“Penggeledahan tidak menghasilkan sebarang sitaan wang tunai. Namun SPRM telah menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan,” kata sumber itu.

Pegawai Kanan Tentera Darat

 

Pegawai Kanan Tentera Darat dimasukkan ke ICU

Sumber sama memaklumkan, pegawai terbabit sepatutnya hadir bagi memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam, namun telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan.
“Siasatan ketika ini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, yang kini disiasat sebagai suspek dalam satu kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM difahamkan tetap meneruskan siasatan dengan memanggil saksi utama melibatkan kontraktor yang dipercayai memperoleh projek berkaitan Tentera Darat.

“SPRM sudah merakam keterangan lima pemilik syarikat dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang,” katanya.

Sumber turut mendedahkan, kira-kira 40 syarikat sedang disiasat kerana disyaki terbabit dalam pemberian wang rasuah, dengan siasatan dijalankan secara berperingkat.

SPRM dijangka terus memperluaskan siasatan merangkumi aspek aliran kewangan, perolehan projek serta kaitan individu dan syarikat yang terlibat selaras peruntukan Akta SPRM 2009.

Pada Selasa lalu, pegawai SPRM hadir ke MINDEF dengan tumpuan terhadap projek yang dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Hari ini, pegawai SPRM menjalankan penggeledahan di beberapa syarikat yang dipercayai terbabit bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan,” katanya.

Artikel lain: Kertas Siasatan Baru Dibuka, Bekas Menteri Dalam Pemerhatian SPRM – Azam Baki

Beliau turut mengesahkan enam akaun bank milik suspek dan ahli keluarganya telah disita dalam siasatan berkenaan.

Pada 24 Disember lalu, SPRM turut merakam keterangan Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berhubung maklumat yang diperolehnya berkaitan dakwaan aliran wang mencurigakan melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chegubard sebelum ini mendakwa wujud ‘aliran tunai besar’ ke dalam akaun pegawai dan ahli keluarganya yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat memperoleh projek ketenteraan, termasuk dakwaan kemasukan wang antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan serta pemindahan dana berjumlah ratusan ribu ringgit.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Spotlight

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. Menurut laporan media Thailand, aktor itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd