Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pakar Bahasa Bidas Cadangan Sarawak Laksana Kemasukan Universiti Tanpa Kepujian BM Dalam SPM

Pakar bahasa telah membidas cadangan Sarawak untuk memberi kemasukan ke universiti secara percuma di negeri berkenaan tanpa perlu syarat kepujian Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disifatkan bertentangan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Memetik laporan Harian Metro, pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim menyatakan bahawa pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah untuk seluruh negara.

Foto: MalaysiaGazette

Beliau berasa sedih ekoran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengusulkan cadangan dan pendirian sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya merasa sedih Premier (Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg) berpendirian demikian. Sarawak berhak mempunyai pendirian sendiri tetapi saya rasa Dasar Bahasa Kebangsaan itu adalah untuk seluruh negara sebab ada kebijaksanaan (dalam) dasar itu,” katanya pada Isnin.

Nik Safiah mengharapkan agar Sarawak tidak terlalu terkandas dari arus perdana kerana dasar bahasa adalah dasar yang baik bagi martabatkan Bahasa Melayu dan jika Premier hendak meningkatkan bahasa-bahasa tempatan di Sarawak tidak menjadi sebarang kekangan malah digalakkan.

Abang Johari Cemerlang | Suara Sarawak

Foto: Suara Sarawak

Mengulas lanjut, pakar bahasa tersebut tegas memaklumkan bahawa bahasa kebangsaan tidak boleh diabaikan sama sekali kerana beliau percaya pembangunan masyarakat Malaysia bergantung kepada penguasaan bahasa kebangsaan.

“Jadi kita harap Sarawak bersama dalam perjuangan ini sebagai satu negara yang padu,” ujarnya.

DBP kaji semula pemilihan Sasterawan Negara

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, menyifatkan cadangan itu sebagai tidak kena kerana syarat yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah kredit dalam bahasa Melayu.

“Adakah Sarawak sudah memohon pengecualian daripada KPT sebab universiti swasta juga tertakluk kepada peraturan oleh KPT,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Johari dilaporkan memberi kenyataan bagi calon yang ingin memasuki universiti milik Sarawak secara percuma bermula 2026, tidak perlu kepujian Bahasa Melayu dalam SPM sewaktu Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-26, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd