Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pahang Laksana WFH Dua Hari Seminggu! Ambil Peduli Keluh Kesah Rakyat

Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran bagi semua penjawat awam negeri, berkuat kuasa mulai minggu hadapan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat (MMK) negeri susulan keluh-kesah rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup akibat konflik di Asia Barat.

“Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejaskan kecekapan operasi serta sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat,” tegas beliau hari ini.

Beliau menambah semua ketua jabatan dan agensi akan menyelaras pelaksanaan BDR berdasarkan keperluan perkhidmatan masing-masing, sambil menekankan penjawat awam negeri perlu mengekalkan disiplin, integriti, dan produktiviti yang tinggi.

Wan Rosdy turut menekankan pengalaman negeri ini semasa pandemik Covid-19 dahulu sebagai panduan pelaksanaan kini, dengan beberapa penambahbaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dasar ini (BDR) akan ditentukan berdasarkan keadaan semasa dan boleh disemak semula apabila keadaan kembali pulih,” katanya.

Kerajaan negeri juga menggalakkan pihak swasta, GLC, badan berkanun, serta majikan lain mempertimbangkan pendekatan kerja lebih fleksibel, termasuk bekerja dari rumah jika bersesuaian dengan operasi dan keperluan organisasi masing-masing.

Artikel lain: Indonesia Laksana WFH Setiap Jumaat, Jimat Kos Bahan Api – Menteri

Menurut beliau, langkah ini diyakini mampu memberi kelegaan kepada rakyat yang bekerja sambil mewujudkan suasana kerja lebih seimbang, produktif dan responsif terhadap cabaran semasa.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar di Pahang yang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sambil menekankan sokongan kerajaan negeri melalui peruntukan hampir RM4 juta bagi pembangunan pendidikan.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa serta guru dan Jabatan Pendidikan negeri,” katanya.

Sumber: FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Penerbangan Malaysia Airlines dari Madinah ke Kuala Lumpur  berubah pilu apabila seorang jemaah berusia 68 tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas menunaikan ibadah umrah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd