Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Terpalit Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan, Namewee Ditahan Positif Empat Jenis Bahan Terlarang

Penyanyi dan pengarah filem kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee menafikan dakwaan yang mengatakan dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan bernama Iris Hsieh yang juga dikenali sebagai “Nurse Goddess”.

Melalui satu hantaran di Instagram, Namewee menyatakan rasa kecewa dengan berita palsu yang tular tentang dirinya. Katanya, dia tidak pernah mengambil atau membawa sebarang dadah, dan hanya mengaku ada minum arak kebelakangan ini.

namewee

“Saya nampak lagi satu berita yang direka dan tidak benar. Ramai orang mesej saya sebab risau, jadi saya nak jelaskan terus di sini bahawa saya tidak ambil dadah, paling banyak pun saya cuma minum arak kebelakangan ini,” tulisnya.

Namewee juga berkata orang ramai boleh percaya apa yang mereka mahu, tetapi kebenaran hanya akan diketahui selepas laporan polis dikeluarkan nanti.

Artikel lain: Suspek Tembak Mohd Fuad Fahmie Sudah Ditahan, Serah Diri Di Balai Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Percayalah apa yang kamu nak percaya. Bila laporan polis keluar nanti, semua akan tahu kebenarannya. Mungkin ambil masa dua atau tiga bulan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, artis berusia 42 tahun itu turut meluahkan rasa sedih atas kematian mengejut Iris, sambil menyatakan rasa kesal apabila ambulans didakwa tiba hampir sejam lewat.

namewee

Foto: Carian Google

Namun di sebalik penafian tersebut, Sinar Harian melaporkan Namewee telah ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik hotel menemui sembilan biji pil berwarna biru yang disyaki dadah jenis ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram. Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Keputusan ujian air kencing turut menunjukkan Namewee positif empat jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.

Suspek direman selama dua hari untuk membantu sisatan sebelum dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement. Scroll to continue reading.
namewee

Foto: Sinar Harian

Bagi pertuduhan pertama, Namewee didakwa memiliki dadah di bawah Seksyen 39A (1), manakala pertuduhan kedua adalah kerana menggunakan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a).

Namewee bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setia pertuduhan dengan seorang penjmin tempatan.

Kes tersebut akan disebut semua di mahkamah pada 18 Disember depan.

Sumber: Instagram @namewee, Sinar Harian (Muhammad Aminnurariff Mohd Zoki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd