Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Myvi Jadi Rebutan, Dibida RM26,300 Dalam Lelongan JPJ Kuala Lumpur

Sebuah Perodua Myvi menjadi tumpuan utama apabila mencatat bidaan tertinggi RM26,300 dalam Lelongan Awam Siri 2/2025 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur) hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, secara keseluruhan, 149 kenderaan berjaya dilelong dalam program berkenaan dengan kutipan keseluruhan mencecah RM257,100.

jpj

Foto: Harian Metro

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata sebanyak 150 kenderaan ditawarkan untuk lelongan kali ini yang diadakan di ibu negara.

Artikel lain: BUDI95 : JPJ Lanjut Waktu Operasi Kaunter Hujung Minggu, Mudahkan Urusan Perbaharui Lesen

Menurutnya, program itu merupakan inisiatif berterusan JPJ bagi memastikan pengurusan aset sitaan dilakukan secara telus dan berintegriti, selain memberi peluang kepada orang awam memiliki kenderaan pada harga mampu milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada jumlah keseluruhan kenderaan, 128 motosikal, 13 kereta, tiga van dan enam lori rigid telah dilelong kepada pembida yang hadir,” katanya.

Hamidi berkata, selain Myvi yang mencatat bidaan tertinggi, bidaan terendah RM150 turut direkodkan bagi motosikal Yamaha LC.

Katanya, sambutan kali ini menunjukkan peningkatan penyertaan awam dan membuktikan keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan secara berkala.

jpj

Foto: tjesun

“Ketika Lelongan Awam Siri 1/2025 pada 21 Mei lalu, sebanyak 124 kenderaan berjaya dilelong dengan kutipan hasil RM237,000, melibatkan bidaan tertinggi RM27,000 bagi lori rigid tipper/dumper serta bidaan terendah RM200 untuk motosikal sekerap,” ujarnya.

JPJ Kuala Lumpur turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pihak terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau pada masa sama menggalakkan orang ramai mengikuti saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai lelongan seterusnya.

Sumber: Harian Metro (Suharmin Yusuf, Qhaira Aliesya Mohd Jizan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd