Usahawan dan pempengaruh sensasi, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau lebih dikenali sebagai Prince Syed, 34, menarik semula laporan polis terhadap keluarga mentuanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.
Prince Syed berkata, keputusan itu dibuat kerana enggan membiarkan isu membabitkan dirinya dan keluarga mentuanya berlarutan. Katanya, ia isyarat mahu menamatkan persengketaan terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
“Saya malas nak panjangkan cerita dan ambil keputusan tarik balik laporan polis kerana enggan ada persengketaan lagi dengan keluarga mentua.
“Nak berbaik saja, tak nak ada isu di kemudian hari… bagi saya, yang muda kena menghormati yang tua sama ada kita betul atau salah,” katanya.
Beliau menambah, keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan isteri, Syazwani Ishak, 28, yang hanya mengetahui perkara sebenar sebaik tiba di balai polis.
Prince Syed menceritakan bagaimana isterinya terkejut dan menangis selepas mengetahui laporan polis itu ditarik balik.
Menurutnya, prosiding di mahkamah bagi keluarga mentua dan ipar akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada 21 April depan.
Artikel lain: Isteri Nafi Prince Syed Meninggal Dunia! Dakwa Akaun Digodam, Poster Palsu Dimuat Naik
Tiga beranak itu mengaku tidak bersalah dan ditetapkan jaminan RM1,500 seorang, manakala abang ipar Prince Syed, Muhammad Syahmi Faiz, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecahkan cermin kenderaan milik isterinya, menyebabkan kerugian RM560.
Sumber: Harian Metro










































