Selepas lebih seminggu berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, seramai 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera rejim Zionis dijangka tiba di tanah air malam esok.
Aktivis GSF akan tiba di KLIA Terminal 1 esok
Memetik laporan daripada Bernama, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menyatakan kumpulan sukarelawan itu akan mendarat di KLIA Terminal 1 pada jam 9.45 malam.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, SNCC memanjangkan makluman dan jemputan untuk semua penyokong serta rakan media ke Majlis Sambutan kepulangan wira Sumud Nusantara Malaysia,” katanya dalam makluman di WhatsApp malam ini.
Aktivis GSF akan pulang ke tanah air
Untuk rekod, kesemua 23 aktivis itu ditahan tentera rejim Zionis pada Khamis lalu selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah Laut Mediterranean, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod.
Mereka kemudian dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon menuju ke Istanbul semalam.
Antara yang terbabit dalam misi itu ialah Heliza Helmi, Farah Lee, Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, dan beberapa aktivis lain yang menaiki kapal berbeza sepanjang pelayaran ke Gaza.
Artikel lain: Aktivis GSF Dari Itali Peluk Islam Dalam Tahanan -“Rasa Seperti Bayi Baru Lahir”
Ketibaan mereka di KLIA esok dijangka disambut meriah oleh ahli keluarga, rakan perjuangan dan penyokong misi kemanusiaan tersebut.
Sumber: Bernama
