Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masih Dalam Tempoh Iddah, Wanita Persoal Bekas Suami Dah Kahwin Lain? – “Menyesal Tak Letak Hantaran”

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh dengan penderitaan sepanjang perkahwinan.

Menerusi perkongsian di Threads, Suffi mendakwa Anas tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik malah tidak pernah mengeluarkan wang untuk membeli barangan keperluan sepanjang tempoh lima tahun mendirikan rumah tangga.

Bekas suami kahwin lain

Bekas suami kahwin lain

“Satu sen pun kau tak keluar beli perabot/keperluan rumah sepanjang 5 tahun kawin. Beli barang dapur pun kau suruh 50/50. Dah 4 tahun kawin baru aku sedar aku dipergunakan.
“Belum lagi pengasuh 100% aku bayar, alasan kau cakap sebab aku bekerja. Sedangkan kau suruh aku kerja. Aku ni ada degree tau. Bachelor in Mass Communication (Journalism and Reporting) tapi aku tinggal Impian aku demi nak hidup bersama dengan kau.
“Sebab kau OKU Slow Learner. Aku kesian tengok kau susah nak survive tapi aku silap, kau Jantan. Kenapa aku pula kena tolong kau? Kau survive sendiri la kan? Kau ni belajar je bodoh, bab perempuan laju. Kau kuat sex 2-3 hari sekali nak sex. sekali sex wajib 3-4 round,” ciapan Suffi di Threads.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa menyesal kerana terlalu sayang akan bekas suaminya sehingga tidak meletakkan sebarang hantaran sewaktu menikah.

“Kenangan lama, menyesal letak kosong hantaran walaupun saya ada Degree,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Suffi turut mempersoalkan bagaimana bekas suaminya boleh menikah bersama wanita lain sedangkan dirinya masih berada dalam tempoh iddah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selamat pengantin baru ex husband, tak ajak anak ke datang majlis nikah kau? Aku masih iddah talak rajie, belum suci kali kedua lagi, pejabat agama mana boleh luluskan perkahwinan diorang ni?
“Aku dapat gambar ni dari Kakak Anas. Tak tahu la sengaja bagi aku nampak ke apa benda? Aku jadi emosi, anxiety attack bila tengok gambar ni sebab nafkah anak pada bulan ni masih tertunggak RM200. Dalam masa yang sama, banyak kes makhamah masih on going,” luahnya.

Artikel lain: Malaysia Sedia Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan Universiti Asean 2026

Sebelum ini, Suffi mengesahkan bahawa dia dan Anas sah bercerai talak satu pada 17 September lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Perceraian tersebut disahkan di Mahkamah Syariah.

Setakat artikel ini ditulis, difahamkan Anas masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas isterinya itu.

Sumber: Threads sxffiinzm

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd