Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Vaksin AZ Bukan Punca Kes Serangan Jantung Dan Darah Beku” – Dr Noor Hisham

Orang ramai diseru untuk berhati-hati dalam menganalisa fakta dan salah tafsir berhubung kes serangan jantung, stroke dan darah beku yang dikatakan berpunca daripada vaksin AstraZeneca (AZ).

Menerusi perkongsian di laman X, Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa kesan sampingan tersebut merupakan kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia  (VITT ) yang hanya berlaku dalam sela masa empat hari hingga sebulan selepas menerima vaksin.

Difahamkan, meskipun laporan mengenai VITT telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ia masih diperlukan memandangkan kadar kematian COVID-19 masyarakat yang tidak vaksin dan stok vaksin tidak mencukupi pada waktu itu.

“Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca.
“KKM juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI,” katanya menerusi hantaran di akaun X rasminya pada hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, risiko kesan sampingan VITT akibat vaksin adalah sangat rendah memandangkan ia hanya melibatkan empat kes dalam satu juta suntikan berbanding risiko darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT)  dan platelet rendah akibat jangkitan COVID-19 yang mencapai 165,000 kes dalam satu juta jangkitan.

“Insiden darah beku di kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini. 
“Serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini tiada kaitan dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Vaksin AZ juga tidak digunakan untuk dos penggalak (Booster dose),” ujarnya.

Selain menyatakan bahawa kes-kes yang masih berlaku adalah disebabkan faktor merokok, kolestrol dan kencing manis, beliau turut menyeru orang ramai untuk membezakan kesan samping  (VITT) dengan masalah pembekuan darah yang lain.

Foto: Reuters

Tambahnya, bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat, orang ramai perlu berhati-hati dalam menganalisa fakta serta mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum membuat diagnosa melalui mata kasar semata-mata.

Sumber: X @DGHisham

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Seorang wanita dilaporkan ditangkap basah oleh suaminya apabila didapati curang dengan seorang lelaki lain di dalam bilik tidur mereka sendiri ketika pasangan halalnya itu...

Dunia

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan mengembalikan aset yang dikaitkan dengan dana Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta)...

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd