Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tular Gambar Jokowi Kelihatan Pucat, Timbul Persoalan Tahap Kesihatan

Tular di media sosial gambar mendakwa Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang kelihatan lebih pucat daripada biasa sehingga menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatannya.

Jokowi tidak boleh kena panas

Menurut laporan tirto.id, gambar ersebut dimuat naik di akaun X, memaparkan Jokowi bersama isterinya Iriana, anak serta menantu mereka.

Ramai pengguna media sosial menyedari perubahan pada raut wajah presiden itu yang kelihatan lebih putih dan lesu, malah wajah Iriana juga dikatakan menunjukkan perubahan serupa.

jokowi

Foto: X @DokterTifa

Ketiadaan Jokowi pada sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Indonesia (TNI) ke-80 hujung minggu lalu turut menambah kebimbangan orang ramai terhadap keadaannya.

Artikel lain: Tular Papan Iklan Gambar Prabowo Di Israel? Kementerian Tampil Beri Penjelasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pembantu peribadi beliau, Kompol Syarif Muhammad Fitriansyah, presiden kini sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami alahan kulit. Atas nasihat doktor, beliau diminta untuk tidak menyertai sebarang aktiviti luar buat sementara waktu.

“Ketika ini beliau masih dalam proses pemulihan dan dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di luar yang terdedah kepada panas,” katanya.

Difahamkan, keadaan kesihatan Jokowi mula terjejas selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Vatikan.

Dalam lawatan tersebut, beliau mewakili Indonesia menghadiri upacara pengebumian Paus Fransiskus atas perutusan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

jokowi

Foto: X @DokterTifa

Namun, tular pula dakwaan di media sosial yang mengatakan beliau menghidap penyakit kulit serius dikenali sebagai Sindrom Stevens-Johnson (SJS).

Bagaimanapun, pihak istana menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan keadaan presiden berada dalam pemantauan doktor serta tidak membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tirto.Id @Prihatini Wahyuningtyas

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd