Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Terkorban Akibat Gempa Bumi Sabah, Kakak Selesaikan Misi Mendiang Adik Tawan Gunung Kinabalu

Tular di media sosial, seorang kakak berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu sebagai tanda penghormatan kepada mendiang adik yang telah terkorban akibat gempa bumi sebelum berjaya menamatkan misi menawan puncak gunung tersebut.

Kakak selesaikan misi mendiang adik tawan Gunung Kinabalu

Kakak selesaikan misi mendiang adik tawan Gunung Kinabalu

Menerusi perkongsian di laman Facebook Mount Kinabalu, seorang wanita dikenali sebagai Simran Jayral berkongsi kisah sedih di sebalik kejayaannya menawan puncak tertinggi Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

Pendakiannya itu bukan sahaja merupakan pencapaian peribadi malah dilakukan sebagai mengenang pemergian mendiang adiknya, Navdeep, yang merupakan salah seorang mangsa tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu pada 2015.

“Saya kakak kepada Navdeep, salah seorang pelajar yang terkorban dalam gempa bumi.
“Berjaya menawan puncak gunung ini merupakan satu pendakian yang penuh dengan emosi. Pendakian itu bukan sekadar cabaran fizikal semata-mata, tetapi juga sebuah perjalanan yang sarat dengan emosi, ketabahan, dan kasih sayang.
“Setiap langkah saya ditemani dengan kenangan bersama adik bagaimana gelak tawanya, keberaniaannya dan semangat juang yang begitu luar biasa,” kata Simran di Facebook, baru-baru ini.

Kakak selesaikan misi mendiang adik tawan Gunung Kinabalu

Menurut Simran, adiknya itu merupakan seorang yang sangat ceria dan penuh bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara demi mencapai yang hasil yang ingin dikecapi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Navdeep merupakan remaja yang sangat ceria dan bersemangat. Dia begitu bangga kerana terpilih untuk menyertai ekspedisi Gunung Kinabalu pada tahun 2015.
“Navdeep berlatih bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi biarpun tidak sempat menawan puncak itu sendiri. Semangat Navdeep tetap saya bawa bersama sepanjang pendakian menawan gunung ini,” ujarnya.

Simran memberitahu, ekpedisi tersebut turut memperingati perjuangan rakan-rakan adiknya yang juga terkorban dalam tragedi yang sama itu.

Kakak selesaikan misi mendiang adik tawan Gunung Kinabalu

“Pendakian ini bukan hanya buat saya tetapi juga buat Navdeep dan rakan-rakannya. Saya tiba di puncak tidak bersendirian tetapi bersama Navdeep di dalam hati.
“Pendakian ini merupakan penghormatan sebagai tanda meningatinya dan kegembiraan yang pernah kami kongsi bersama
“Biarpun jasadnya tidak kesampaian untuk sampai ke puncak tetapi jiwanya sentiasa hidup dalam setiap matahari terbit diatas Kinabalu,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Gempa Bumi Landa Filipina, Gegaran Turut Dirasai Di Sekitar Sabah, Labuan

Untuk rekod, gempa bumi yang melanda Ranau Sabah dilaporkan telah mengorbankan sebanyak 19 nyawa manakala dua orang lagi dianggap sebagai hilang.

Mangsa yang maut ditemui di sekitar kawasan trek Via Ferrata dan mereka yang terbunuh termasuk tujuh warga Malaysia, sembilan warga Singapura dan tiga lagi dari Filipina, China dan Jepun manakala yang dianggap hilang terdiri daripada seorang guru dan seorang murid dari Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Mount Kinabalu

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat elektronik gergasi dari Jepun, Panasonic rancang buang seramai 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan keuntungan dan menstruktur semula operasinya, lapor AFP....

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd