Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Menurut laporan itu, pasukan Israel menutup kawasan berkenaan sejak waktu pagi sebelum memaksa jemaah supaya beredar dari tapak suci tersebut.
Tentera Israel Halang Solat Isyak
Rakaman video yang dikeluarkan Pejabat Gabenor Baitulmaqdis menunjukkan pekarangan masjid berkenaan kosong tanpa kehadiran jemaah pada malam Sabtu.
Pejabat Gabenor dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu menyebabkan umat Islam tidak dapat menunaikan solat Isyak dan tarawih seperti kebiasaan.
“Pasukan pendudukan telah menutup pekarangan masjid sejak pagi dan memaksa para jemaah meninggalkan kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Pejabat Gabenor turut melaporkan bahawa pasukan Israel menutup beberapa pusat pemeriksaan tentera di sekitar Baitulmaqdis serta memperketat sekatan di pintu masuk dan laluan keluar bandar berkenaan.
Artikel lain: Penduduk Israel Cemas, Kebakaran Besar Berlaku Ancam Penempatan Haram Di Bahagian Utara
Menurut kenyataan itu lagi, langkah-langkah tersebut merupakan sebahagian daripada sekatan berterusan yang dikenakan terhadap pergerakan rakyat Palestin di dalam dan sekitar bandar berkenaan.
Situasi berkenaan menambah ketegangan di wilayah itu, khususnya ketika umat Islam sedang menjalani ibadah pada bulan Ramadan.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































