Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tanah Aset Penting Buat Negara, Penggunaan Perlu Dikawal Rapi – NRECC

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRECC) menegaskan  kepentingan tanah sebagai aset penting buat kerajaan dan negara disamping memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan tanah dikawal rapi.

Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia adalah untuk memastikan keseimbangan dan kemampanan dalam penjanaan hasil untuk generasi akan datang.

 

“Pajakan tanah adalah salah satu jalan terbaik untuk memaksimumkan pulangan ke atas tanah milik Kerajaan.
“Kaedah ini membolehkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sebagai sebuah entiti di bawah Kementerian Pengangkutan menguruskan aset MRT dengan cekap.
” Ia selaras dengan peruntukan undang-undang, di samping mengoptimumkan penggunaan tanah untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis menandatangani perjanjian antara MRT Corp dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bagi pajakan tanah jajaran MRT Laluan Kajang dan Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkat pajakan tanah itu memainkan peranan penting dalam memajukan pemantauan sistematik ke atas tanah milik PTP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lancar Projek Perintis Koc Wanita, Aduan Gangguan Seksual Semakin Berkurangan – MOT

Disamping itu, ia juga mengurangkan isu pencerobohan tanah yang akan melibatkan kos tinggi, seperti pembersihan tapak dan pemasangan pagar.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke yang berkata selain memastikan pengurusan tanah dengan cekap, perjanjian itu juga membolehkan MRT Corp menjalankan aktiviti sampingan.

Tanah aset penting buat negara

Aktiviti sampingan itu akan membantu MRT Corp dalam menjana pulangan komersial sekaligus membantu MRT Corp dalam penyelenggaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendapatan yang dijana daripada aktiviti komersial akan disalurkan untuk membiayai pelaksanaan Program Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset MRT,” ujarnya.

Tambahnya, pendapatan yang dijana juga akan membantu mengurangkan kebergantungan syarikat kepada dana Kerajaan, di samping menggalakkan kemampanan dan kemandirian entiti milik Kerajaan.

Sementara itu, perjanjian yang ditandatangani itu akan melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan melalui PTP sambil memastikan pemilikan MRT Corp ke atas aset MRT.

Ini termasuk aset tanah kekal terkawal, membolehkan penyampaian projek dan pengurusan aset berjalan dengan lancar.

Selain itu, perjanjian itu juga akan membolehkan pengawalan pengurusan aset MRT yang lebih cekap dan menyumbang kepada pengurangan kos PTP dalam memantau kawasan rizab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wakil bagi pihak MRT Corp ialah Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zarif Hashim, manakala wakil PTP ialah Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian (JKPTG) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dalam menandatangani perjanjian tersebut.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Lokal

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd