Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Angkasawan Negara dan pengurus skuad taekwondo Malaysia, yakin barisan atletnya mampu melepasi sasaran dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025.
Skuad taekwondo sasar 2 emas di Sukan SEA Thailand
Menerusi hantaran di laman Instagram, beliau memaklumkan Malaysia pada temasya kali ini menetapkan sasaran dua emas dan tiga gangsa, namun Sheikh Muszaphar optimis kemampuan atlet negara mampu menghadirkan kejutan positif.
“Di atas kertas, sasaran adalah dua emas dan tiga gangsa tetapi secara peribadi saya yakin pasukan ini mampu meraih lebih daripada itu. Saya percaya akan ada kejutan, kita tunggu dan lihat,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/DR3IjhMk3QG/?hl=en
Skuad taekwondo hantar 15 atlet di Sukan SEA 2025
Skuad taekwondo negara terdiri daripada 15 atlet dan empat jurulatih, dengan kira-kira 70 peratus adalah atlet muda yang dianggap memiliki potensi besar untuk bersinar di pentas antarabangsa.
“Setiap atlet mempunyai kekuatan tersendiri dan turun berjuang untuk mengharumkan nama negara,” tambahnya.
Beliau juga menegaskan bahawa sasaran penting, namun tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada atlet.
“Fokus utama adalah persembahan terbaik demi Malaysia,”ujarnya lagi.
Artikel lain: KBS Sasar Pingat Keseluruhan Di Sukan SEA 2025, Tidak Ikut Warna Pingat – Hannah
kata Sheikh Muszaphar, yang juga menjawat jawatan Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia.
Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar







































