Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Shah Rukh Khan Semakin Pulih Selepas Alami Strok Haba

Keadaan kesihatan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dilaporkan semakin membaik selepas mengalami strok haba dan dehidrasi sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di Ahmedabad pada Rabu.

Menerusi satu laporan News Track, rakan kongsinya Juhi Chawla mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu bahawa SRK telah dibenarkan keluar dari hospital selepas kesihatannya bertambah baik.

Foto: Film Fare

“Shah Rukh tidak sihat malam tadi, tetapi dia sedang dirawat dan berasa lebih baik petang ini. Dia tidak lama lagi akan bangun dan bersorak untuk pasukan semasa perlawanan akhir,” katanya.

Sebelum ini, SRK dilaporkan berada di Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan penentuan Liga Perdana India (IPL) kejohanan liga profesional kelab Kriket antara Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) yang ditemani dua anaknya iaitu Suhana Khan dan AbRam, serta pengurus Pooja Dadlani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, insiden tersebut memperlihatkan gelombang panas yang teruk berlaku di India dimana Ahmedabad merekodkan suhu 45.2 darjah Celsius pada Selasa, kemudian meningkat kepada 45.9 darjah pada Rabu.

Foto: Media Sosial

Jabatan Meteorologi India (IMD) telah mengeluarkan amaran merah untuk beberapa wilayah, termasuklah di Uttar Pradesh barat, Rajasthan, Chandigarh, Punjab, Delhi, Haryana dan sebahagian Gujarat, meramalkan keadaan gelombang haba yang melampau dalam tempoh lima hari akan datang.

Untuk makluman, SRK yang menyokong pasukan KKR dijangka akan hadir dalam perlawanan peringkat akhir IPL pada Ahad ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: News Track

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd