Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hikmah ‘Kantoi’ Menyamar, Wanita Ditawar Sertai Akademi Pramugari Secara Percuma

Khairun Nisa, wanita yang sebelum ini tular kerana menyamar sebagai pramugari Batik Air, kini mendapat tawaran untuk mengikuti pendidikan di akademi pramugari secara percuma daripada Aeronef Academy, selepas kisah hidupnya mencuri perhatian ramai.

Dapat tawaran sertai akademi pramugari

Menerusi hantaran di Thread, akademi berkenaan menawarkan peluang pengajian percuma sebagai dorongan selepas pengalaman pahit Khairun Nisa, yang sebelum ini ditipu ketika berhasrat memasuki sekolah pramugari di Jakarta walaupun telah mengeluarkan wang sebanyak Rp30 juta.

“Mungkin Nisa saat ini sedang bersedih, namun Nisa perlu tahu bahwa kegagalan bukan akhir dari segalanya, melainkan awal dari cerita baru yang lebih hebat,” tulis akaun @aeronefacademy.official.

 Akademi pramugari tegaskan tak sokong penipuan

Difahamkan, Khairun Nisa berasa malu untuk memberitahu ibu bapanya tentang situasi sebenar, lalu nekad menyamar sebagai pramugari Batik Air dengan seragam lengkap dan menyertai kru kabin dalam satu penerbangan dari Palembang ke Jakarta, sehingga kisahnya menjadi tular.

Aeronef Academy menekankan bahawa walaupun tindakannya salah kerana berbohong, niat Khairun Nisa untuk membahagiakan ibu bapanya menyentuh hati pihak akademi.

“Perjuangan dan semangatnya untuk membahagiakan orang tua sangat menyentuh hati. Kami di Aeronef Indonesia percaya bahwa niat baik layak mendapatkan jalan yang tepat,” tulisnya.

akademi pramugari

Jemput sertai pendidikan pramugari

Akademi itu kemudiannya secara rasmi menjemput Khairun Nisa untuk mengikuti pendidikan pramugari 100% percuma, lengkap dengan ilmu dan pensijilan rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami ingin membantu Kak Nisa mewujudkan mimpi mengenakan seragam pramugari yang sesungguhnya dengan bekal ilmu dan sijil resmi,” tambah kenyataan itu.

Artikel lain: Beli Tiket Sebagai Penumpang, Wanita Kantoi Menyamar Pramugari Batik Air

Pihak Aeronef Academy turut meminta Khairun Nisa menghubungi mereka melalui DM Instagram bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung tawaran pendidikan berkenaan.

Sumber: Threads aeronefacacedemy.official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd