Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Seramai 3.61 Juta Ahli KWSP Buat Pindahan Ke Akaun Fleksibel Berjumlah RM11.52 Bilion

Seramai 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion setakat 24 Jun 2024.

Menerusi satu laporan Bernama, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa RM5.12 bilion pula telah dipindahkan ke dalam Akaun Persaraan.

Foto: Laman Web MoF

“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” katanya.

MoF berkata, satu langkah proaktif bagi membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP dibuat melalui pelaksanaan inisiatif tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian tersebut berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai status pembaharuan Akaun Fleksibel mulai 11 Mei kepada pencarum.

Foto: Utusan

“Dalam kalangan ahli yang membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, seramai 41,000 ahli, sebelum pindahan dilakukan tidak mencapai simpanan asas mengikut umur ketika ini mencapai simpanan asas mengikut umur berikutan pindahan sebahagian simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Persaraan.
“Pengumpulan baki simpanan ahli adalah bergantung kepada trend caruman dan pengeluaran oleh ahli. Caruman yang konsisten dan pengeluaran hanya dilaksanakan untuk tujuan berpatutan akan membantu ahli membina baki simpanan persaraan pencarum,” ujarnya.

Foto: Utusan

MoF turut memaklumkan KWSP kekal komited untuk terus memberi pulangan yang kompetitif kepada para pencarum dan mengelakkan para pencarum terjebak dalam krisis kemiskinan pada usia tua melalui usaha dalam meningkatkan baki simpanan persaraan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd