Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Saya Ingin Maklumkan Tak Dapat Sertai Sukan Asia Hangzhou 2022” – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas mengalami kecederaan ketika berlatih Jumaat lalu.

Sukan Asia Hangzhou 2022 akan membuka tirai secara rasmi pada Sabtu ini, namun Azizulhasni masih belum pulih sepenuhnya.

https://www.facebook.com/azizulawangofficial/videos/968717854200490

Menurut Sinar Harian, dalam sidang media yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil Rabu yang lalu, beliau berkata dia terpaksa melupakan misi memburu pingat emas di Hangzhou susulan kecederaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas berbincang bersama jurulatihnya, John Beasley, Dr Kamarul (Hashimy Hussein) dan Dr Farrah Hani Imran, ketiga-tiga mereka sebulat suara menyokong ‘The Pocket Rocket Man’ untuk tidak bertanding.

“Dengan rasa berat hati, dukacita saya ingin memaklumkan tidak dapat menyertai Sukan Asia di Hangzhou. Kata sepakat telah diambil untuk saya menarik diri,” kata beliau.

Beliau menambah dengan keadaannya yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan bahagian pinggul kiri, adalah lebih baik untuk jaguh lumba trek basikal itu untuk menjalani proses pemulihan buat masa sekarang.

Namun begitu, Azizulhasni yakin dengan kemampuan Shah Firdaus dan berkata Shah sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar di pentas antarabangsa.

Pada Sabtu yang lalu, pelumba berumur 35 tahun itu telah berkongsi satu rakaman video di laman Facebook miliknya yang menunjukkan dia terjatuh ketika sedang memecut mengejar motosikal di hadapannya di Velodram Nasional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Azizul Fahmi Ahmad Zabidi)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd