Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Nenek Viral Rupanya Tinggal Di Kelantan, Tak Dapat Hadir Ambil Keputusan SPM Cucu

Seorang nenek yang pernah tular di media sosial membaca Yassin dan berzikir buat cucunya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) rupanya tinggal di Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan oleh cucunya, Muhammad Afif Syakirin Rahimi, 18, neneknya yang dikenali sebagai Mek Nab Abdul Rahman, 82, akan datang ke Lenggong, Perak untuk melawatnya jika ada kesempatan.

Rupanya tinggal di Kelantan

Rupanya tinggal di Kelantan

Sumber gambar: Sinar Harian

Bukan itu sahaja, Muhammad Afif turut memberitahu neneknya adalah insan paling gembira apabila mengetahui dia memperoleh keputusan cemerlang 9A SPM 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, anak bongsu daripada dua beradik tersebut meluahkan rasa gembira kerana usahanya sebelum ini membuahkan hasil.

“Pada awalnya selepas habis peperiksaan saya rasa hanya dapat 9A sahaja kerana ada mata pelajaran yang sukar dan tak pasti jawapannya betul atau tidak.
“Alhamdulillah, selepas tengok keputusan itu saya tak sangka dapat empat subjek A manakala selebihnya A biasa.
“Ini mungkin berkat doa nenek, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan,” ujarnya Muhammad Afif.

Artikel lain: Pernah Tular Nenek Baca Yassin Di Sekolah, Cucu Hadiahkan Keputusan 9A SPM 2024

Rupanya tinggal di Kelantan

Sumber gambar: Sinar Harian

Difahamkan juga, Muhammad Afif mempunyai perancangan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, perniagaan dan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, bapanya, Rahimi Ashari, 56, turut berasa bangga dan bersyukur anak lelakinya itu berjaya raih keputusan cemerlang.

“Rumah kami ke sekolah dekat sahaja dalam 15 minit. Jadi saya memang kerap ke MRSM Lenggong untuk lawat anak, bagi semangat kalau pihak sekolah benarkan.
“Alhamdulillah, kami bersyukur dan sangat gembira dengan kejayaannya mendapat 9A,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kisah seorang nenek yang setia menunggu di luar dewan peperiksaan sambil membaca surah Yassin dan zikir sebagai tanda sokongan kepada cucunya yang sedang menduduki SPM.

Tular nenek baca Yassin

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd