Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rakyat Kena Tunjuk Kad Pengenalan Sebelum Beli Beras Subsidi

Membuat pengesahan melalui kad pengenalan adalah salah satu langkah yang boleh diambil bagi memastikan tidak ada warga asing dapat membeli barangan bersubsidi seperti beras putih.

Menurut laporan Harian Metro, cadangan tersebut dilakukan susulan tularnya sebuah video yang memaparkan warga asing berebut mengambil minyak masak paket bersubsidi sehingga mengundang kemarahan ramai.

Bagaimanapun, mekanisme yang dicadangkan telah mendapat reaksi orang ramai termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga (MACFEA), Dr Ahmad Hariza Hashim, menganggap kaedah tersebut adalah salah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cadangan ini boleh memberi kesedaran kepada semua pihak yang mana barangan subsidi hanya untuk rakyat tempatan. Jadi, memang produk subsidi kena kawal betul-betul. Penjual pun kena sedar dan cakna perkara ini.
“Kalau nak kena tunjuk kad pengenalan untuk beli barangan seperti beras tempatan, minyak masak paket, telur dan lain-lain, mungkin okay saja, tapi dari satu sudut lain, ia menyukarkan juga. Penjual pun tak boleh halang orang luar nak membeli, sebab barang murah orang mesti nak beli.
“Selain itu, dibimbangi juga kaedah ini akan disalah guna atau dieksploitasi dengan cara mereka membeli dalam kuantiti yang banyak. Jadi, masih boleh berlaku ketirisan. Justeru, semua pihak berkaitan perlu duduk bersama mencari jalan dengan mewujudkan kaedah pelaksanaan yang lebih baik seperti sistem ‘tracking’. Sebagai contoh, berapa banyak beras tempatan yang sampai dan terjual di sesebuah kedai,” katanya.

Bukan itu sahaja, penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat kaedah tersebut dicadangkan supaya manfaat barang subsidi dinikmati sepenuhnya oleh warganegara.

“Itu yang kerajaan mahu mulakan dengan subsidi petrol dan diesel menggunakan kad pengenalan dan e-dompet. Untuk subsidi bersasar petrol mudah serta pemantauan boleh dilakukan kerana hanya dilakukan di stesen minyak.
“Bagi makanan asas, ada banyak kedai runcit. Berkemungkinan akan ada pihak yang buat keputusan menyimpan barang kawalan dan digunakan untuk seludup ke luar negara atau dijual kepada golongan tak layak atau warga asing.
“Namun, tidak dinafikan dengan adanya kaedah sebegini, ia mampu mengawal pengeluaran barangan subsidi dengan menjualnya kepada golongan sasaran. Cuma pihak berkaitan perlu membuat pemantauan rapi dan bersikap telus. Jika tidak, dibimbangi barangan kawalan ini tiba-tiba tak ada di pasaran pula,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid, Aqil Sharullizam, Lydia Saiful, Suhaila Khairie dan Minda Ranggong)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd