Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Perketat Kawalan Pusara Zara Qairina, Garisan Polis Dipasang 100 Meter

Polis perketat kawalan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, susulan lokasi yang menempatkan kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadi tumpuan orang ramai baru-baru ini.

Polis Perketat Kawalan

Polis perketat kawalan sebagai langkah privasi

Memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintendan Awang Anak Suand menyatakan langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan serta privasi penduduk sekitar tanah perkuburan berkenaan.

“Ia termasuklah memasang garisan polis pada jarak 100 meter dari kawasan pengkebumian serta menugaskan penduduk kampung sebagai pengawas komuniti di dalam kawasan perkuburan.
“Rondaan akan dilaksanakan secara berkala oleh anggota polis di kawasan terbabit dengan bantuan penduduk kampung sebagai penjaga di dalam kawasan perkuburan,” katanya.

Polis perketat kawalan, minta orang awam hormati keluarga

Dalam pada masa yang sama, beliau turut meminta orang awam khususnya pencipta kandungan, agar menghormati privasi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.

polis perketat kawalan

Artikel lain: Imam Dedah Jasad Zara Qairina Masih Utuh, Wajah Seperti Baru Semalam Dikebumi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tanah perkuburan tersebut menarik perhatian umum susulan proses penggalian dan pengebumian semula pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Allahyarham Zara Qairina, yang kesnya masih dalam siasatan.

Selepas proses bedah siasat selama lapan jam di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu selesai pada 7.30 malam Ahad, jenazah dibawa keluar pada 9.20 malam menuju ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

Proses pengebumian semula mengambil masa kira-kira 30 minit dan selesai sekitar 1 pagi.

Peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri memaklumkan laporan bedah siasat dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Ivan Amirul)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd