Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Koperal Polis Didakwa Menyamun Dua Kedai Runcit Dan Miliki Bahan Terlarang

Seorang anggota polis berpangkat Koperal dari unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini berdepan dua pertuduhan menyamun kedai runcit serta satu pertuduhan memiliki dadah.

Koperal polis mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Irfan Azieyadi Abdul Aziz, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Zulkifli Abllah pada Selasa.

polis

Foto: Sinar Harian

Pertuduhan pertama melibatkan seorang pembantu kedai warga Pakistan, Sabz Ali Asef Khan, yang didakwa dirampas wang tunai RM400 di sebuah kedai di Kampung Beris Jambu, Pengkalan Chepa pada 8 November lalu, kira-kira jam 6.20 petang.

Sementara itu, pada 10 November, Mohd Irfan didakwa melakukan perbuatan sama terhadap pembantu kedai lain iaitu Amjad Ali Khan, di Kampung Chempaka, sekitar jam 4.40 petang.

Artikel lain: Penunggang Motosikal Maut Bertembung Pikap Polis, Anggota Ditahan Bantu Siasatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua kes adalah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan.

Dalam prosiding itu, peguam tertuduh, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri, memohon jaminan dengan alasan kehadiran Mohd Irfan diperlukan di rumah kerana isterinya menghidap kanser ovari tahap tiga serta mempunyai komplikasi diabetes dan asma.

polis

Foto: Sinar Harian

Selain itu, tertuduh juga dilaporkan menghidap darah tinggi dan perlu mendapatkan ubat.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, membantah permohonan tersebut kerana penyakit yang disebutkan tidak disertakan dengan dokumen sokongan.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan seperti melaporkan diri setiap dua bulan, menyerahkan passport, serta tidak mengganggu saksi dan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Mohd Irfan turut mengaku tidak bersalah memiliki dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu pada jam 3 pagi, 19 November.

polis

Foto: Sinar Harian

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, serta pengawasan mandatori dua hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh dibenarkan jamin RM4,000.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd