Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penjual Jagung Cetus Kontroversi Berunsur Perkauman Sudah Mohon Maaf – Menteri Perpaduan Negara

Penjual jagung mencetuskan kontroversi berunsur perkauman sudah memohon maaf kepada seluruh masyarakat khususnya kaum India susulan perbuatannya yang boleh menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Penjual jagung cetus kontroversi mohon maaf

Menerusi satu perkongsian di laman X, Menteri Perpaduan Negara Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peniaga dikenali sebagai Abdul Aziz Musa itu berjanji tidak akan lagi mengulangi perbuatan tersebut di akan datang.

Penjual jagung

Foto: X Aaron Ago Dagang

“Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu Encik Roseman dan Encik Syawal telah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan polemik ini.
“Peranan mereka dalam menyelesaikan polemik ini turut memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap peranan KRT sebagai agen perpaduan dan penyelesaian masalah. Ini juga menekankan pentingnya kerjasama antara pemimpin komuniti dan pihak berkuasa untuk memastikan suasana yang harmoni dan aman terpelihara,” tulisnya pada malam Ahad.

Sebelum itu, satu pertemuan diadakan yang turut dihadiri oleh wakil masyarakat India, pempengaruh, wakil penduduk, wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta pihak polis d sebuah restoran di Kota Warisan, Sepang.

Penjual jagung mengaku kesal

penjual jagung

Foto: X Aaron Ago Dagang

Abdul Aziz berkata, dia mengakui menyesal menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan selain tidak berniat untuk menghina kaum India.

Artikel lain: Garis Panduan Muslim: JAKIM Boleh Nasihat Orang Islam, Dasar Perlu Ambil Kira Aspek Perpaduan

“Saya sebagai peniaga kecil akui poster itu menyinggung perasaan, perkataan tidak elok. Saya mengaku bersalah dan saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali kepada kaum India.
“Saya minta kerjasama kepada pembeli untuk sokong peniaga, benda ini berlaku tanpa niat, saya tidak sangka jadi begini, ini tanpa kesedaran dan perbuatan saya ini memang salah, sekali lagi saya mohon orang India, Cina, Melayu, maafkan saya,” katanya menerusi sebuah video ketika pertemuan tersebut.

Sementara itu, Aaron menegaskan bahawa semua pihak harus sentiasa berusaha memastikan bahawa setiap perkataan dan tindakan tidak menimbulkan perasaan tidak selesa, ketegangan, atau salah faham di kalangan penganut agama, budaya, dan kaum yang berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
penjual jagung

Foto: X Aaron Ago Dagang

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama, dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaga keharmonian ini.
“Perpaduan negara hanya dapat dicapai jika setiap individu mengamalkan nilai saling memahami, menghormati, dan menerima perbezaan,” tegasnya.

Penjual jagung letak papan tanda berunsur perkauman

Penjual jagung

Foto: Media sosial

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial memaparkan papan tanda berunsur perkauman di atas meja gerai yang menjual jagung bakar dipercayai di Kota Warisan.

Sumber: X Aaron Ago Dagang

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon popular Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul kira-kira jam 4.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad. Menurut laporan...

Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh pada Dewan Rakyat hari ini selepas menyentuh isu berkaitan Titah Adendum. Memetik laporan Berita Harian, Wan...

Sosial

Pihak polis di Pamanukan, Jawa Barat, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang wanita hamil mengidam disaman pihak berkuasa selepas ibu itu menyampaikan permintaannya kepada mereka....

Lokal

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Majlis Polemik Sejarah Malaysia sesi ke-53 dalam usaha merungkai fakta sejarah yang masih menjadi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd