Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Luluh Hati! Pengantin Lelaki Tak Muncul Hari Nikah, Ibu Tunggal Tahan Malu Depan 1,000 Tetamu

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah, pada Jumaat lalu.

Pengantin lelaki tak muncul hari nikah

Menurut laporan Kosmo! Online, ia berkata, Nor Syafiqah Mohd. Sharif, 28, berkata, saat menunggu kehadiran lelaki itu, panggilan telefonnya langsung tidak dijawab, membuatkan emosinya bercampur-baur di hadapan tetamu yang sudah memenuhi majlis.

Pengantin lelaki

Foto: Kosmo! Online

Bagaimanapun, dengan kira-kira 1,000 saudara-mara serta rakan-rakan yang hadir di rumah keluarganya di Kampung Padang Luar, Jitra, kenduri tetap diteruskan.

 “Lelaki berusia 36 tahun yang tinggal berdekatan, tapi gagal dihubungi sehingga kini.
“Dia seorang yang baik tetapi hubungan kami sebenarnya tidak direstui keluarganya, namun dia tetap mahu meneruskan perhubungan.
“Saya pernah menolak beberapa kali kerana bimbang keluarganya tidak suka tetapi dia tetap datang kepada saya sehingga kami membuat keputusan untuk berkahwin,” kata ibu tunggal seorang anak itu.
Pengantin lelaki

Foto: TikTok @mun_onnie

Menurut Nor Syafiqah yang dipercayai anak yatim, sehari sebelum majlis berlangsung, lelaki tersebut  masih datang ke rumah untuk menghantar barangan katering bagi kenduri akad nikah itu.

“Katering buat sendiri sebab saya mengusahakan kedai makan. Ketika dia datang menghantar barangan itu, dia tidak menyebut apa-apa yang mencurigakan.
“Pada malam hari sama, dia tidak hadir ke majlis makan yang diadakan dan saya sudah rasa ada yang tidak kena. Pada hari majlis, dia juga gagal dihubungi,” ujarnya.
Pengantin lelaki

Foto: TikTok @mun_onnie

Nor Syafiqah berkata, dia ia menangis hampir sepanjang hari selepas lelaki itu tidak muncul, sebelum akhirnya menukar kepada pakaian biasa sekitar jam 11 pagi.

“Dia bekerja sebagai pemandu lori dan kadang kala membantu di kedai makan saya. Saya juga membuka premis cuci kereta dan rancang untuk minta dia uruskannya tetapi semuanya musnah,” kongsinya.

Artikel lain: Pengantin Tak Kisah, Anak Kawan Terjatuhkan Kerusi Sehingga Pelamin Roboh

Tak beragak-agak nak saman pengantin lelaki

Sementara itu, dia memaklumkan bahawa majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada 13 Disember depan terpaksa dibatalkan malah, jumlah kira-kira RM12,000 sudah dibelanjakan untuk kenduri akad nikah, namun semuanya tidak menjadi kenyataan seperti yang dirancang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pengantin lelaki

Foto: BH Online

Dalam masa yang sama, dia sudah mendapatkan nasihat peguam dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman.

“Namun begitu, jika mereka datang dan jelaskan apa berlaku, mungkin ada budi bicara daripada saya. Apa pun, saya perlu berbincang dengan adik-beradik lain,” ujar Nor Syafiqah.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan...

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Dalam dunia yang sering dipenuhi kesibukan dan sikap mementingkan diri, sebuah rakaman ringkas di media sosial muncul sebagai pengingat bahawa nilai kemanusiaan masih hidup...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd