Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengalaman Di China Buat Lelaki Malaysia Ini Lebih Hargai Tanah Air

Lawatan berulang ke China telah membuka mata seorang lelaki warganegara Malaysia, Murray Leo Graham mengenai kelebihan tinggal di tanah air berbanding negara luar itu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Graham menegaskan pandangannya bukan berdasarkan perspektif pelancong, tetapi pengalaman sebenar rakyat China sendiri.

Dia menekankan bahawa meskipun sering ke China untuk tujuan perniagaan dan membina hubungan profesional, pengalaman itu membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan di Malaysia.

Menurut Graham, rakyat Malaysia menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan jumlah cuti umum yang banyak dan budaya kerja yang lebih santai berbanding China yang terkenal dengan sistem kerja “996” iaitu sembilan pagi hingga sembilan malam, enam hari seminggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia menyifatkan bahawa rakyat Malaysia lebih tenang dan mampu mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan, sekali gus mengurangkan tekanan mental.

“Subsidi di Malaysia gila. Yuran wad hanya RM20 sehari, hampir percuma. Kalau kau rakyat China, duit simpanan kerja seumur hidup boleh habis satu kali sahaja kalau kau sakit.
“Mungkin itu juga sebab ramai orang di sana ambil ringan soal kesihatan. Kawan saya sendiri, mendiang bapanya kehabisan duit kerana kos perubatan terlalu mahal.
“Dia kata waktu Tahun Baru Cina di kampung, ‘Bapa sakit sudah, simpanlah duit tu, mati ni nanti.’ Itu betul-betul berlaku, bapanya meninggal kerana tidak mahu berubat,” tulisnya pada Rabu.

Sementara itu, Graham turut menekankan kelebihan sistem pendidikan Malaysia yang lebih mudah diakses berbanding China, di mana sistem Hukou menyekat akses pendidikan kepada penduduk bukan tempatan menyebabkan kos sekolah meningkat dan pendaftaran sekolah menjadi sukar.

Dari segi bahasa dan komunikasi, Malaysia mempunyai kelebihan dengan rakyat yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris walaupun asas, manakala di China terdapat lebih 4,000 dialek yang menyukarkan komunikasi antara penduduk sendiri.

“Aku pernah kena marah sebab tidak cakap dialeknya, dia ingat aku kampung lain. Hello, saya orang Sandakan,” kongsinya.

Selain itu, dia menyifatkan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia lebih harmoni dengan perayaan pelbagai kaum dapat disambut secara terbuka dan meriah, manakala perpaduan masyarakat walaupun tidak sempurna masih berada pada tahap terkawal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Graham berkata, akses kepada media sosial dan sistem global juga dianggap lebih bebas di Malaysia berbanding China, di mana kebanyakan platform seperti Google, Facebook, Instagram, dan YouTube disekat dan hanya boleh diakses melalui VPN.

Jelasnya dari segi alam sekitar, Malaysia menawarkan keindahan pulau, pantai, hutan hujan tropika, dan cuaca yang menyokong pelancongan sepanjang tahun.

Graham menekankan bahawa kawasan tarikan di China sering sesak semasa cuti umum, menyukarkan pengalaman pelancongan.

Pada masa yang sama, dia menyentuh kos petrol rendah dan bantuan kerajaan yang banyak di Malaysia, berbeza dengan kos tinggi bahan api di China walaupun penggunaan kenderaan elektrik semakin meluas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jangan sebab kau melancong 2-3 kali, 5-7 hari kau rasa Malaysia ini kecil di mata dunia. Teruskan belajar ya. Kau memang boleh letak bandar dalam kampung, belum tentu boleh keluarkan kampung dari bandar,” ujar Graham.

Sumber: Facebook Murray Leo Graham

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Lokal

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan yang terletak...

Nasional

Penjawat awam di Johor bakal menikmati bonus sebanyak dua bulan gaji yang akan dibayar pada Disember ini. Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Besar Johor,...

Lokal

Pihak polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang didakwa terlibat dengan masalah keganasan rumah tangga yang tular di media sosial sejak semalam. Suami sudah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd