Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Tidak Sengaja, Kanak-Kanak Maut Dilanggar Van Sekolah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disahkan meninggal dunia selepas van sekolah dinaiki secara tidak sengaja melanggarnya selepas turun dari kenderaan tersebut di Jalan Suria, Bandar Seri Alam sekitar jam 11.35 pagi Rabu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku ketika mangsa dan abangnya berusia enam tahun turun dari van sekolah yang dipandu oleh seorang wanita berumur 50 tahun di hadapan rumah.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut beliau, pemandu van terbabit tidak sengaja melanggar kanak-kanak tersebut kerana menyangka mangsa mengikuti abangnya yang melalui di bahagian belakang kenderaan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemandu wanita itu mahu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa melepasi kenderaan itu melalui belakang van sekolah dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.
“Semasa bergerak ke hadapan, pemandu van sekolah itu terlanggar mangsa yang melalui hadapan van sekolah tanpa disedari,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Sohaimi berkata, mangsa telah mengalami cedera parah dan pemandu tersebut segera turun dari van sebelum memberitahu berhubung insiden ini kepada penjaga kanak-kanak berkenaan.

Foto: Gambar Hiasan

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Masai dan pemandu van terbabit ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Ibu mangsa membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Masai untuk menerima rawatan. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.
“Polis membuat tangkapan terhadap pemandu van sekolah itu bagi siasatan lanjut dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Faizal Hashim)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd