Pengguna aplikasi X yang juga merupakan pelancong warganegara Indonesia dikenali sebagai gerbongbagasi telah memuji Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menerusi ciapannya.
Setaraf lapangan terbang
Memetik daripada perkongsian tersebut, individu berkenaan mengatakan TBS yang terletak di Kuala Lumpur itu setaraf lapangan terbang.
“Terminal bas dah macam lapangan terbang, ada ruang pelepasan dan ketibaan yang sangat besar.
“Sistem penjualan tiket adalah berpusat. Semua kaunter atau pusat layan diri tiket menjual semua tiket bas ke pelbagai destinasi,” katanya.
Terminal bus udah kyk bandara, ada departures & arrivals board segede gaban.
Sistem penjualan tiketnya terpusat. Semua kaunter/loket melayani penjualan semua tiket PO bus ke berbagai tujuan. Gak tau deh bagi hasilnya kyk gimana.
📍 Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL pic.twitter.com/MLUsKgXbjc
— Gaz (@gerbongbagasi) November 26, 2023
Pelancong Indonesia TBS berbeza jauh dengan terminal di Jakarta
Dia juga mengatakan susun atur bangunan juga tidak memeningkan dan lebih teratur sekaligus memudahkan para pelancong yang mahu menuju ke terminal itu kerana terdapat kemudahan disediakan di setiap tempat.
Pengguna aplikasi X itu turut membandingkan keadaan TBS dengan bangunan terminal di Jakarta di mana banyak kekeliruan terjadi jika mahu ke kaunter bagi mendapatkan tiket bas.
“Bila masuk ke dalam TBS Kuala Lumpur tidaklah rumit.
“Masuk ke dalam bangunan anda akan segera menemui lobi dan kaunter tiket seperti dalam gambar, susun atur bangunan juga mudah difahami
Sementara itu, kalau masuk sahaja ke bangunan di Terminal Pulogebang, Jakarta di Indonesia pasti bingung nak cari kaunter ejen bas di mana.
“Apatah lagi diganggu oleh broker rawak. Selain itu, ruang di Terminal Pulogebang kelihatan terlalu sempit untuk memuatkan berpuluh-puluh kaunter tiket,” jelasnya.
Pelancong Indonesia puji rakyat Malaysia & Singapura
Ciapan yang dibuat telah tular di media sosial terutamanya dalam kalangan warganegara Indonesia dimana ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama.
Pelancong dari negara tetangga itu juga sempat memuji rakyat Malaysia yang lebih mendahulukan membaca papan tanda laluan stesen pengangkutan awam berbanding bertanya terus kepada pegawai bertugas untuk ke destinasi yang mereka ingin pergi.
“Semasa di Kuala Lumpur, selalu sangat lihat orang membaca berita dan maklumat serta membaca peta laluan yang dipaparkan di papan maklumat stesen dan perhentian bas.
“Sedangkan di Jakarta, sangat jarang untuk melihat aktiviti (membaca) sebegini, malah hampir tidak pernah melihatnya. Lebih kerap melihat orang bertanya terus kepada pegawai secara lisan,” ujarnya.
Selama di KL & Singapura sering banget ngelihat orang baca² berita informasi & baca² peta rute/jalur yang dipajang di papan informasi stasiun maupun halte.
Sedangkan di Jakarta kyk jarang banget ngelihat aktivitas (membaca) semacam ini, bahkan nyaris gak pernah lihat. Lebih… pic.twitter.com/2TpVTTwcDy
— Gaz (@gerbongbagasi) November 26, 2023
Dalam ciapan-ciapan seterusnya di akaun gerbongbagasi, dia turut memuat naik beberapa gambar pengalamannya sewaktu berada di Kuala Lumpur.
Dia juga berkongsi beberapa gambar makanan dan minuman yang ada di Malaysia dan tidak ada di Indonesia sebagai info tambahan.
Sumber: X gerbongbagasi