Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pelajar IPT Tak Mampu Bayar Yuran Tidak Disekat Daftar Subjek – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak universiti tidak boleh menghalang mahasiswa yang tidak mampu membayar yuran pengajian daripada mendaftar subjek pengajian pada setiap semester.

Anwar Ibrahim tak benarkan pihak universiti sekat hak mahasiswa

Tegas Anwar, beliau sama sekali tidak akan mengizinkan pihak universiti menghalang pelajar khususnya daripada keluarga susah untuk mendapatkan hak mereka sebagai mahasiswa.

“Saya tidak akan sama sekali mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian.
“Tidak ada duit untuk bayar yuran, tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang mahasiswa mengambil peperiksaan,”ujarnya.

Anwar Ibrahim

Jelas Anwar, pelajar sedia ada yang menghadapi kesukaran membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Yuran masuk universiti dihadkan tak lebih RM1,500

Bukan itu sahaja, bermula Januari tahun depan, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ia adalah langkah selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 ringgit kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

“Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar,”katanya lagi.

Anwar Ibrahim

Artikel lain: Anwar Ibrahim Bentang Belanjawan 2024 Malaysia MADANI Petang Ini

Ujar beliau, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu mahasiswa.

Ini termasuklah bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran pengajian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd