Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegawai Penyiasat Kes Zara Qairina Disiasat, Didakwa Langgar Prosedur

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman memulakan siasatan terhadap pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan itu berkaitan dakwaan ketidakpatuhan terhadap prosedur siasatan kes berkenaan.

penyiasat

Foto: BH

“JIPS ada menjalankan siasatan membabitkan pegawai penyiasat itu berhubung ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan kematian Zara Qairina,” katanya.

Ditanya sama ada siasatan turut melibatkan penyelia seperti Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Hamzah memaklumkan perkara tersebut masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar, memaklumkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya selepas pasukan Task Force Bukit Aman mendapati berlaku ketidakpatuhan prosedur.

Siasatan Task Force yang bermula pada 11 Ogos lalu mendapati pegawai penyiasat tidak mengemukakan permohonan bagi proses bedah siasat, di samping tiada pengawasan oleh pegawai atasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan mayat Zara Qairina, 13, perlu digali semula untuk prosedur bedah siasat kerana wujud keperluan siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh.

penyiasat

Sehari kemudian, jenazah yang sebelum ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, Sabah, digali semula dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

Jenazah kemudian dikebumikan semula awal pagi Isnin lalu di tanah perkuburan sama.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQEI pada 17 Julai lalu, selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi, sehari sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd