Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pasukan Robotik POLYCC Raih 13 Pingat Di Korea, Lebih Tinggi Dari Sasaran

Pasukan Robotik Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih 13 pingat pada Kejohanan 30th FIRA RoboWorld and Summit 2025 di Daegu, Korea Selatan, sekali gus melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat.

Pasukan Robotik POLYCC raih 13 pingat

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah berkata kejayaan ini adalah hasil usaha berpasukan serta dedikasi tinggi para pelajar dan pensyarah yang terlibat.

“Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan berbekalkan kepada pengalaman yang ditimba sepanjang kejohanan tersebut berlangsung dan diharap dapat membantu pelajar serta meningkatkan motivasi kepada pelajar lain untuk berjaya dalam apa jua bidang sekalipun,” katanya.

Robotik POLYCC

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Kepulangan Pasukan Robotik POLYCC di KLIA Terminal 1, pada Ahad.

Artikel lain: Politeknik Bukan Institusi Pengajian Kelas Ketiga, Setiap Insan Miliki Kemahiran

Advertisement. Scroll to continue reading.

16 pelajar jayakan kejohanan Robotik POLYCC

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), seramai 16 pelajar bersama lima pensyarah pengiring dari empat politeknik iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah mewakili pasukan tersebut.

Robotik POLYCC

“Mereka membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan lima gangsa dalam empat kategori utama iaitu HuroCup, Autonomous Car Challenge, Air-Drone Autonomous Race dan Air-Drone Emergency Service,” ujarnya.

Kejayaan ini sekali gus membuktikan kemampuan pasukan POLYCC di pentas antarabangsa, seiring dengan usaha KPT dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing global.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Bisnes

Kerajaan Negeri Kedah mencatatkan rekod kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun dengan nilai sebanyak RM816 juta. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd