Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Paralimpik Paris 2024: Eddy Bernard Raih Gangsa Pertama Buat Malaysia

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France, Paris awal pagi tadi.

Eddy memulakan lariannya dengan cukup baik, namun kehilangan sedikit momentum di pertengahan perlumbaan seterusnya berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 11.8 saat (s).

Lebih membanggakan lagi, pada penampilan pertama atlet berusia 23 tahun tersebut turut memecahkan rekod Asia iaitu 11.75s  dicatat oleh atlet Sri Lanka, Indika Gamage yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun Mei lalu.

Melalui catatan masa larian terbaharunya, Eddy telah mengatasi catatan peribadi terbaiknya (PB) iaitu 11.77s yang meraih pingat perak pada kejohanan olahraga di Kobe itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun demikian, pingat emas olahraga Sukan Paralimpik berjaya diraih oleh atlet Mpumello Mhlongo dari Afrikan Selatan dengan catatan masa 11.12s manakala pingat perak dimiliki oleh atlet dari Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s.

Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lalu akan berakhir 8 September ini dan Malaysia menghantar 30 wakil atlet para negara yang bertanding dalam lapan jenis sukan.

Untuk makluman, kontinjen tahun ini merupakan paling ramai dihantar Malaysia selepas mula menyertai temasya tersebut sejak 1972.

Sumber: New Straits Times (Aftar Singh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd