Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MMA Dedah Realiti Sebenar, Hampir 30% Doktor Bertaraf B40

Tanggapan semua doktor hidup mewah ternyata jauh menyimpang daripada kenyataannya apabila Persatuan Perubatan Malaysia atau MMA dedah realiti sebenar dengan memaklumkan bahawa hampir 30 peratus doktor di negara ini sebenarnya tergolong dalam kategori B40.

MMA dedah realiti sebenar tentang kewangan doktor

Perkara itu dibongkar bakal presiden MMA, Dr Thirunavukarasu Rajoo dalam ucapannya semasa satu protes di Putrajaya hari ini.

“Kita dapati hanya 10 peratus yang benar-benar berjaya dari segi ekonomi. Manakala doktor dalam kategori B40 pula hampir 30 peratus. Lagi 30 peratus hanya cukup makan… Kita ada data ini,” katanya.

MMA dedah realiti sebenar, ada 30 peratus kesempitan hidup

Memetik laporan dari Malaysiakini, beliau menyatakan angka itu tersebut merujuk kepada kajian pada tahun 2018 yang melibatkan 1,800 orang doktor di seluruh negara.

Baki 30 peratus lagi pula disifatkan berada dalam keadaan kewangan yang tersepit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ucapan tersebut dibuat oleh Dr Thirunavukarasu sewaktu mengetuai protes membantah pelaksanaan Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Penandaan Harga bagi Ubat) 2025 yang telah mula berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Selesai memberikan kenyataan kepada media, beliau bersama beberapa wakil persatuan perubatan lain menyerahkan memorandum bantahan rasmi kepada Pejabat Perdana Menteri.

MMA Dedah Realiti Sebenar

Artikel lain: KKM Siasat Satu Lagi Kes Doktor Meninggal Dunia Disyaki Dibuli

Terdahulu, Perintah Pemaparan Harga Ubat yang bertujuan meningkatkan ketelusan telah mencetus kontroversi apabila pengamal perubatan mendakwa ia dikuatkuasakan secara mengejut, bertentangan dengan jaminan tempoh bertenang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa pihak turut mempersoalkan aspek perundangan, dengan menyatakan kuasa penguatkuasaan perintah ini bukan di bawah Kementerian Kesihatan, sekali gus menimbulkan gesaan agar pendekatan lebih jelas dan adil dilaksanakan segera.

Sumber: Malaysiakini (Yiswaree Palansamy)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Lokal

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd