Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Teraju Mesyuarat ADSOM 2025, Angkat 10 Inisiatif Baharu Pertahanan ASEAN

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) hari ini menerajui Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) 2025 yang berlangsung di Desaru, Johor dengan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Lokman Hakim Ali selaku Ketua ADSOM Malaysia.

Mesyuarat ADSOM himpun pegawai kanan pertahanan dari negara ASEAN

Difahamkan, mesyuarat ini menghimpunkan pegawai kanan pertahanan dari semua negara anggota ASEAN bersama penglibatan Sekretariat ASEAN, manakala Timor-Leste hadir sebagai pemerhati.

Mesyuarat ADSOM

Mesyuarat ADSOM tekad pelihara keamanan, keselamatan serantau

Berpandukan tema kepengerusian Malaysia “Keterangkuman dan Kemampanan” serta tema ADMM 2025 “Kesepaduan ASEAN Demi Keselamatan dan Kemakmuran,” mesyuarat kali ini menegaskan tekad kolektif ASEAN untuk terus memelihara keamanan, keselamatan dan kemakmuran rantau.

Antara agenda utama adalah 10 inisiatif baharu yang bakal dibawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 pada Oktober depan. Inisiatif itu meliputi tiga bidang utama iaitu memperkukuh kerjasama, meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MCMC, MINDEF Meterai Perjanjian Pembangunan Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh

Tiga hasil utama mesyuarat turut disepakati: ASEAN menegaskan semula kesepaduan serantau, memuktamadkan beberapa inisiatif penting dalam kerjasama pertahanan, dan menjadi pemangkin persiapan ke arah ADMM serta ADMM-Plus yang akan datang.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd